Terowong Lebuhraya SMART kembali beroperasi selepas ditutup hampir dua jam susulan hujan lebat yang melanda Lembah Klang sejak awal pagi tadi.<br /><br />Pusat Kawalan SMART dalam hantarannya menerusi laman Facebook memaklumkan sistem telah kembali kepada mod 1 iaitu dibuka kepada trafik pada 9.30 pagi.